Guru Dan Cabaran Semasa
Friday, 27 March 2015
Sunday, 22 March 2015
Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid
Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan
keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Seterusnya
gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan
menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak
stabil.
Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan
untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,
kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya
gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang
murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini
akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan
emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada
murid-murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)